Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jom follow . . .

Thursday, December 29, 2011

jOm mengOMBAK RINDU !!!

Korang2... 
Hari ni rasa best ...
Sebab...
Dapat tengok OMBAK RINDU!
Cian... Orang lain semua dah layan tapi haku baru nak mengalirkan air mata untuk OMBAK RINDU nih...

Babe!
Haku kasik 5 Star ! Untuk cite nih...
Sangat menarik + best!
Pelakon Handsome (Aaron Aziz) + Cantik (Maya Karin+Lisa Surihani)
Suke doranggggg...

By the way cite ni banyak mengingatkan sesuatu!
Erm tayah kot nak cite kan?

Siyes, sekali tengok rasa nak tgk lagi...

Dalam cite ni ada 3 statement yang haku suka! Dimana telah disebut oleh watak2 dalam citer nie

Yang Pertama

PEREMPUAN adalah ciptaan Allah yang sangat ISTIMEWA, semakin Allah menyayangi kita, semakin kuat dugaan yang Allah akan berikan kepada kita.

Yang Kedua

Perbualan antara MILA(LISA) & IZZAH(MAYA)

LISA@MILA : Apa yang U rasa kalau U kawin dengan orang yang betul2 U sayang tapi tak mencintai U langsung! Cinta tu kejam kan? 


MAYA@IZZAH : Tak Mila, CINTA tu tak kejam! Cuma manusia yang tak pandai menghargai CINTA


Yang Ketiga

Tiada yang paling BAHAGIA bagi hidup seorang perempuan selain dari menjadi seorang IBU.


Ok jOm sekarang haku nak kupas bawang satu persatu statement kat atas tu ...


Untuk statement yang pertama tu : 

@Perempuan memang terlalu banyak keistimewaan nya berbanding lelaki. Seperti yang kita tahu dan haku yakin korang2 sume (girls) memang banyak dugaan hidup yang pernah datang and telah korang tempuh kan? Dan haku especially nya mengaku terlalu banyak dugaan dalam hidup yang datang tanpa diundang tapi haku sentiasa menerima dengan hati yang terbuka sebab haku yakin, lagi banyak dugaan Allah kasik kat haku bermaksud semakin dekat haku dengan Allah dan semakin Allah menyayangi haku. Dugaan Allah tak mengenal rupa, darjat, pangkat. Allah sentiasa menduga untuk melihat tahap kesabaran dan tahap keimanan seseorang. So Gurlsss , walau apa pun berlaku dalam hidup BERSABAR lah... Itu kunci kejayaan & kebahagiaan dalam hidup! =)

Untuk statement yang kedua tu : 

@ Tang ni haku takmo nak banyak cakap tapi bg haku kalau dalam situasi macam ni macam tak bape nak best kan? Tapi as a wife u olls boleh ubah segalanya. Boleh dapatkan CINTA suami if u olls betul2 berusaha. CINTA boleh hadir tapi jangan di paksa. Satu yang haku tau, LELAKI ni mostly EGO susah nak ucapkan kata CINTA pada isteri. Thats y dia cakap CINTA tak kejam tapi MANUSIA yang kejam sebab tak pandai nak menilai CINTA tu! Hurmm melainkan kalau ALLAH dah tulis jodoh u olls bukan dengan si suami.. So kena REDHA. ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk kita. ALLAH dah susun kisah hidup kita dengan baik sekali, sebagai HAMBA Nya kita harus terima. Jangan sekali2 melawan TAKDIR Allah. (macam banyak cakap jek!)

Untuk statement yang ketiga tu :

@ Yang ni haku setuju sangat2. 100 peratus setuju! Hidup perempuan tu dah lengkap bila dapat menjadi seorang IBU. But pada who yang masih belum menjadi IBU tak bermakna hidup tak lengkap. Hidup u olls dah lengkap dengan ada nya suami yang memahami. Semua adalah REZEKI Allah. Jangan salahkan TAKDIR (once again!). Haku ku hampir kecewa + mengalah bila lambat dikurniakan zuriat. Tapi SABAR itu penting! Percayalah , rezeki ANAK sentiasa ada cuma lambat atau cepat jek! As a mother now, secara jujur haku katakan ANAK adalah segala-galanya dalam hidup haku. Dialah madu dialah racun. Anak, kau lah nyawa Ibu.


Rasa macam dah banyak bebel nie. Better zip before org lain zip mulut haku ni. Haha. So itulah kesimpulan yang dapat haku simpul matikan disini yea kawan2. So lesson hari ni......

tOntOn lah OMBAK RINDU!!!



@Assalam@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...