Kadang-kadang meratapi nasib sendiri memang menyedihkan, tetapi ingatlah ada yg lebih sedih menghadapi liku kehidupan.
Kadang-kadang timbul perasaan cemburu bila melihat kesenangan orang, tetapi ingatlah ada yang lebih duka menjalani kesusahan hidup.
Kadang-kadang terasa kecewa dengan kehidupan, tetapi ingatlah bahawa ada yang masih kuat walaupun sudah tersungkur.
Kadang-kadang iman terumbang ambing bila diuji, tetapi ingatlah ada yang masih mampu tersenyum walaupun dugaan tak henti-henti menimpa.
Percayalah!
ALLAH itu Maha Adil,
DIA tak menduga jika kita tak mampu hadapi,
DIA sentiasa menguji kita supaya sentiasa terus mengingatiNYA.
Percayalah!
Setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersembunyi,
Jangan disangka buruk setiap rancanganNYA,
ALLAH itu Maha Adil,
DIA menentukan yang terbaik untuk kita,
Bersabar dan terus bersabar,
Berikhtiar dan terus berusaha,
Berdoa dan terus bertawakal,
In Shaa Allah,
Setiap niat dan doa pasti ditunaikan,
Teruskan menadah tangan memohon padaNYA,
Jangan takbur jangan sombong,
Ingatlah!
Yang buruk semua datang dari kita,
Yang baik itu datang dari NYA.
#puisi ke ni? jom tido ngantok sudeh. tak larat nak nunggu en asben yg pegi kedai roti canai sejam rm2.50.. Ahah.. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment